::ANAK MURID::

~gemuk VS kurus~

Bila dilabel ‘Kurus’, majoriti berasa bangga.
Bila dipanggil
‘Gemuk’, mulalah bermuram saja.
Kadang-kala tak faham gak. Cantik sangatkah jadi seorang yang kurus? Sebenarnya bukan istilah ‘Kurus’ yang paling tepat, tapi kefahaman
‘Ideal’ lebih membawa makna.
Daku sekarang ini kelihatan
‘Kurus’dan sedang berusaha menambah berat badan..huhu..
TAPI..
smpai skrunk berat xb'tmbah2 lg..adeh..xtau dh nk bt cmne dh skrunk..
rse mkn dh byk..pas2 kdang2 mkn nasi tgh2 mlm..tp..berat still cm2 gak jerk..bkn la nk bgga..nk ckp aku ni kurus.tp..nk tau cnbe nk tambh berat bdn ni.mcm2 cre dh gne.still xberjaya..
kt bwh ni ade skit info la aku cr..tp..btl jgk 2..korg nk tau ape..bce kt kejian org kurus.rmai kwn aku ckp cm2..tp..xpe la..aku xtrase pn..xkisah sgt.itu yg m'buatkn aku nk membesarkn bdn aku ni..haha

KELEBIHAN – KURUS
§
Senang cari saiz. Fesyen yang cantik-cantik, trendy dan hip dalam pasaran kompetitif memilih saiz pinggang minimum 26 dan maksimun adalah 34. Saiz baju pula dari saiz S ke XL. Sekiranya anda bersaiz kurang atau lebih dari spesifikasi tadi, bersedialah untuk ‘kos melepas’. Anda harus memilih fesyen ‘pilihan kedua’ dan bukan ‘pilihan yang paling anda suka’.
§
Senang menaiki kenderaan awam. Terutamanya apabila hendak mendapatkan tempat duduk LRT, Bas Rapid KL yang baru dan Kapal terbang kelas Ekonomi. Ibarat sardin dalam tin. Anda boleh mencari ruang dalam kesesakan atau kondisi yang terhad.
§
Jimat belanja. Makan nasi cuma sesuap. Daging rendang segigit. Telur goreng separuh. Air pun tak habis segelas. Lebih kronik...selalu tak berselera hendak makan dan minum. Baguslah tu.
§ Akan
kelihatan cantik dalam lensa kamera gambar dan video digital. Bila berada depan kamera, ‘caption’ seseorang individu akan bertambah 10 pounds @ 4.54 kilogram dari berat badan asal. Bayangkanlah bagi mereka yang kurus, tak jadi hal. Tambah lagi 20 pounds pun, masih kelihatan ok.

KELEMAHAN – KURUS
§
Lemah dalam pertahanan diri. Misalnya sekiranya orang kurus kemalangan jalanraya, merekalah yang akan teruk patah-riuk. Kekurangan isi dan lemak sebagai pelindung organ dan tulang-temulang sensitif dalam badan.
§
Cepat kelihatan tua. Badan cepat merengkeng. Macam hantu jerangkung. Hehehehehe.
§
Senang diserang penyakit dan menderita melawan sakit. Bila kurang makan bermakna kuranglah makan makanan berkhasiat. Maka ‘antibodi’ pun terjejas. Lihatlah orang kurus yang demam teruk sakitnya bagaikan bertarung nyawa. Kasihan.

PUJIAN UNTUK ORANG KURUS
§ “Kalau dah kurus tu…nak pakai apa-apa pun senang. Nak ketat…nak longgar semua boleh.”
§ “Untunglah kau. Tak kuat makan. Mesti senang hidup kau nanti boleh banyak simpan duit.”

KEJIAN UNTUK ORANG KURUS
§ “Laaarr…aku tak perasanlah. Aku ingatkan tiang elektrik tadi yang berdiri sebelah aku.”
§ “Dia tak boleh main-main dengan aku. Sekali aku hembus dia saja, terus tumbang!”

KELEBIHAN – GEMUK
§ Gebu dan sedap dipeluk. Macam bantal busuk. Selalu menjadi sasaran insan-insan yang menyayangi diri kita. Sekali gus dapat meningkatkan lagi hubungan erat silaturahim.
§ Biasanya
dikeluarkan dari senarai ancaman penjahat atau budak-budak nakal. Sebab mereka akan ‘gerun’ dengan tenaga tersembunyi dan daya kuasa pemusnah yang dimiliki oleh orang-orang gemuk. Orang gemuk yang nakal/jahat berpotensi untuk menjadi kaki buli. Orang gemuk yang baik/murni boleh mempertahankan diri dengan mudah.
§
Stage present/pesona semulajadi. Lebih mendapat perhatian dalam mana-mana kemunculan awam. Semua orang akan pandang.
§
Awet muda…sentiasa nampak muda. Risiko wajah berkedut akibat penuaan adalah kurang.


KELEMAHAN – GEMUK
§ Terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan pakaian. Lantaran kekurangan pilihan. Mahu tidak mahu terpaksa juga membeli bila jumpa sesuatu yang sesuai. Pemakai Saiz XL dan ke atas, saya cadangkan pergi membeli belah ke butik B.O.S.S dan Factory Outlet. Fesyennya trendy, dan tidak kalah dengan fesyen orang-orang kurus. Harga pun masih berpatutan.
§
Senang mendapat koleksi penyakit-penyakit yang membebankan. Antara paling popular adalah Kencing Manis, Darah Tinggi dan Sakit Jantung.
§ Sasaran mudah untuk dilabel sebagai ‘
pemalas’. Banyak lemak tidak dibakar dan tenaga yang tidak digunakan. Orang menilai sejauh mana orang gemuk adalah seorang yang tersasar jauh dari kehidupan aktif.

PUJIAN UNTUK ORANG GEMUK
§ “Awak ni comellah.”
§ “Biasalah orang sihat. Senang hati…murah rezeki.”

KEJIAN UNTUK ORANG GEMUK
§ “Tepi sikitlah. Nak duduk pun kerusi tak muat!”
§ “Itulah. Engkau ni gemuk, tak laku. Tak ada siapa yang nak.”

MyEm0.Com

❀ jenguk sudah,tekan sudah,baca sudah,kOmen je belum =) ❀

No comments: